Hari ini MLM Kanzzs di bawah syarikat Health & Health Marketing Sdn Bhd telah dilancarkan. Majlis pelancarannya diadakan di Hotel Federal, Kuala Lumpur. MLM ini telah bermula sejak November 2008 tetapi baru dilancarkan secara rasmi hari ini.
Saya sendiri turut sama ke majlis ni. Sambutan agak baik dengan kehadiran sekitar 600 orang. Majlis bermula jam 2pm tapi saya sampai lambat sikit kerana berpusing-pusing cari Hotel Federal, maklumlah tak biasa jalan KL
Masuk jer, kerusi dah penuh. Kena la berdiri, mula-mula tu ok la. Masuk 2 jam rasa nak tercabut kepala lutut. Lihat gambar di bawah, saya yang sedang berdiri ambil gambar tu. Reflek kat cermin.

Nasib baik lepas tea break dapat duduk, fuh duduk sebelah downline yang cun melecun pulak tu. Apalagi bila Lan A to Z nyanyi lagu Broery Marantika, tangkap feelinglah beb. Yup..penyanyi Lan A to Z, jangan tak caya dia pun buat MLM ni.
Yang datang ke majlis ni bukan saja dari Malaysia tetapi juga member-member dari Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei. Group dari Bali nampaknya memang bersemangat. Pelancaran di Bali dijadualkan bulan Disember nanti.
Dapat juga berkenalan dengan Master Stokist dari Brunei, lepas ni senanglah sikit nak sponsor orang Brunei, sebelum ni kena cari stokis di Miri. Walaupun MLM Kanzzs ni masih baru, belum pun setahun jagung tetapi lebih dari 10 orang member yang telah mencapai pendapatan lima angka sebulan.
Malah ada seorang yang telah mencapai pendapatan enam angka sebulan. Bulan Julai lepas pendapatannya mencecah RM 115 000 (seratus lima belas ribu). Pergh, bila la saya nak sampai ke tahap ni. Tahniah kepada En. Roslan Kassim, ni upline saya sama-sama orang Muar. Hidup orang Johor. Masih muda dan bujang tapi dah ada tunang ya.
Bagi saya Pelan Pemasaran MLM ni memang mantap dan cepat buat duit. Walaupun saya baru dua bulan buat tapi dah merasa pendapatan empat angka pada bulan pertama dan kedua. Ini memang rekod saya buat MLM. Biasanya pada peringkat awal, bonus dua angka saja la.
Anda bagaimana? Nak tengok saja ke orang buat duit ribu-riban. Jomlah bersama saya membina perniagaan ini. Laman web sponsor saya dah sediakan, anda boleh mendaftar percuma dulu di www.JusHebat.com Jumpa anda di puncak kejayaan.