Blog Tricajus » Ubat Kuat

Jualan Tricajus Di Giant Melaka
Kini anda boleh mendapatkan Tricajus di tingkat bawah Pasaraya Besar Giant Melaka berhampiran dengan KFC dan Karaoke. No kiosk PS05. Bagi yang berminat bolehlah dapatkannya di sana atau hubungi HM Usaha Jaya Enterprise, tel 013-6802791

Kementerian Kesihatan Serbu Kilang Tricajus
KKM serbu Tricajus, berita ni memang mengejutkan saya. Betul ke? Selepas menghubungi beberapa orang leader mereka mengesahkan berita ni memang betul. Tetapi ini bukanlah bermakna ada masalah dengan Tricajus. Ini adalah rutin biasa gabungan KKM & Polis Anti Jenayah membuat serbuan dan pemeriksaan mengejut.

Dalam operasi besar-besaran pada 1hb Julai lepas, 110 orang pegawai penguatkuasa menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua buah rumah. Kilang Tricajus turut sama diserbu tetapi didapati Tricajus tidak melanggar sebarang peraturan dan tiada dadah viagra.

Jadi kepada semua pengedar, teruskan usaha anda memperkenalkan produk ini tanpa ragu-ragu. Tricajus sudah lebih 3 tahun berada di pasaran dan sehingga hari ini terbukti ianya bersih dari dadah viagra. Berikut adalah petikan berita dari Utusan Malaysia Online.

Pil Perangsang Seks Tiruan RM3 juta Dirampas Di Enam Kilang Sekitar Lembah Klang

KAJANG 1 Julai – Satu sindiket pengedaran pil perangsang seks tiruan hanya mampu ‘berputih mata’ apabila Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas beratus ribu kotak berisi pil tenaga batin bernilai RM3 juta di enam kilangnya di sekitar Lembah Klang hari ini.

Kilang milik sindiket terbabit didapati menghasilkan pelbagai jenis produk makanan dan pil rangsangan seks tiruan menggunakan jenama beberapa produk ubatan tradisional keluaran syarikat tempatan yang terkenal.

Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mohd. Hatta Ahmad berkata, pihaknya dibantu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bertindak menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua rumah selepas yakin ia menjalankan kegiatan memproses dan mengedar produk itu.

Beliau berkata, serbuan secara serentak dijalankan oleh 110 pegawai penguatkuasa Farmasi KMM di 19 lokasi termasuk Kajang, Balakong, Kuchai Lama, Sentul, Cheras dan Klang itu dibuat pada pukul 11.30 pagi.

“Siasatan mendapati kumpulan sindiket adalah dalang yang memproses, membungkus dan mengedar pelbagai jenama produk rangsangan seks kepada syarikat jualan langsung dengan menggunakan pelbagai kaedah penyamaran.

“Antara taktik digunakan sindiket ialah mencampurkan bahan kimia terlarang iaitu ’sildenafil nitrat’ dalam serbuk kopi, jus buah-buahan, makanan kesihatan dan pil penambah tenaga untuk menghasilkan ubat rangsangan seks tiruan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan pertama dibuat di sebuah kilang tidak bernama di kawasan Perindustrian Taming Jaya di sini. Di situ, katanya, terdapat lebih 20 pekerja sedang sibuk memproses pelbagai jenis produk rangsangan seks tiruan.

Tambahnya, beratus ribu kotak berisi produk rangsangan seks tiruan turut ditemui seperti :

* VNG400

* Goji Plus Kapsul

* Vegrow

* Knight Coffee

“Dalam serbuan di enam kilang ini, kita telah merampas semua produk dan mesin yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk rangsangan seks tiruan yang dianggar bernilai RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata, pengguna yang mengambil produk makanan dicampur sebatian ’sildenafil nitrat’ menghadapi risiko maut terutama penghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Ubat Kuat Dalam Jus Oren
KAJANG: Jika sebelum ini majun tradisional dan serbuk kopi campuran kerap menjadi ‘alat’ untuk memasarkan produk mengandungi kimia perangsang seks, kini sindiket yang mengedarkan bahan haram itu menukar taktik dengan mencampurkannya dalam jus oren.

Taktik terbaru itu dibongkar pegawai penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam serbuan di sebuah kilang di Seri Kembangan di sini, semalam.

Serbuan dibuat selepas KKM menemui serbuk kimia analog berbahaya jenis thiosildenafil dihasilkan melalui proses ubah suai kandungan kimia sildenafil yang didapati dua hingga lima kali lebih berbahaya berbanding bahan asal dan dikesan mampu mengancam nyawa pengguna.

Dalam serbuan diketuai Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Wan Hamid Wan Ibrahim menyasar beberapa syarikat dan ejen yang dikesan memasarkan jus oren berkenaan dengan harga kira-kira RM30 sekotak kepada orang ramai.

Wan Hamid berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung kandungan jus oren berkenaan yang didakwa mampu meningkatkan daya tahan seks.

Menurutnya, berikutan itu, pihaknya mendapatkan sampel produk berkenaan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil ujian dilakukan, Jabatan Kimia mengesahkan minuman jus oren itu mengandungi kimia berbahaya yang disahkan sebagai kimia analog thiosildenafil.

“Kimia ini biasanya sukar dikesan berikutan ia hasil ubah suai bahan kimia asal sildenafil supaya ia tidak mudah dikesan melalui ujian makmal. Bagaimanapun, kimia analog ini jauh lebih berbahaya dan mampu meragut nyawa pengguna sekiranya diambil dengan kerap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat dan pengesahan diterima daripada Jabatan Kimia, pihaknya melakukan serbuan di ibu pejabat syarikat terbabit di Kajang kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

“Ketika serbuan dilakukan pemilik syarikat terbabit yang juga seorang wanita berusia 30-an turut berada dalam premis. Hasil pemeriksaan, lebih 50 kotak jus oren mengandungi kimia terlarang itu ditemui dan dirampas.

“Namun ketika soal siasat, pemilik syarikat mendakwa tidak tahu menahu berhubung kewujudan kimia analog terbabit dalam produk dipasarkan. Dia mendakwa produk terbabit diperkenalkan seorang ejen yang membekalkan produk terbabit sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit mendakwa, produk berkenaan yang dihasilkan sebuah kilang di Sri Kembangan, turut disertakan laporan ujian makmal sebuah universiti terkemuka di selatan tanah air yang mendakwa ia selamat dan tidak mengandungi kimia berbahaya.

“Bukti terbabit dijadikan modal sindiket misteri itu untuk mengedar serbuk oren yang mengandungi kimia berkenaan menerusi syarikat milik Bumiputera berkenaan. Dalam kes ini, pemilik syarikat mungkin menjadi mangsa muslihat syarikat pembekal misteri yang dianggap sebagai ‘syarikat hantu’ tanpa alamat tetap.

“Berdasarkan siasatan, pembekal cuba menipu orang ramai dengan mendakwa minuman jus oren terbabit dicampur enam herba terpilih antaranya ginkgo biloba, serenoa, ginseng dan epimedium yang semuanya didakwa boleh mempertingkatkan keinginan seks dan menyembuhkan kemandulan,” katanya.

Namun menurutnya, semua enam herba yang dinyatakan pada iklan produk terbabit satu penipuan apabila ia hanya campuran serbuk pati oren dan kimia analog thiosildenafil.

“Berikutan itu, KKM terpaksa merampas semua produk minuman pati oren dan herba terbabit kerana dibimbangi boleh meracuni orang ramai. Ubat yang mengandungi kimia sildenafil hanya boleh dibekalkan doktor atau diperoleh dengan preksripsi doktor.

“Penggunaan produk makanan mengandungi kimia sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain,” katanya.

Beliau berkata, pemilikan bahan larangan itu untuk jualan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Bagi syarikat, ia boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Oleh :

Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Harian Metro

Dari Admin Jushebat.com : Jus Oren berkenaan tiada kena mengena dengan Tricajus dan syarikat Health & Health Marketing. Tricajus tidak mengandungi bahan terlarang dan telah berada di pasaran lebih dari 3 tahun tanpa sebarang masalah. Kesihatan anda bersama Tricajus mendapat perlindungan insuran RM1 juta dari Hong Leong.