Cara Mengira Bonus Tricajus Kanzzs

Di dalam Kanzzs ada 3 jenis bonus iaitu :

1. Bonus Sponsor
2. Bonus Pairing
3. Bonus Matching

Di dalam contoh ini saya akan gunakan akaun adik saya untuk menunjukkan bagaimana nak kira jumlah besar bonus anda pada bulan tertentu. Bonus Sponsor tidak ditunjukkan di sini, hanya bonus Pairing dan Bonus Matching untuk bulan May 2010.

Langkah pertama login ke akaun anda di http://kanzzs.com/memarea/

Bonus Pairing

1. Untuk melihat bonus pairing, selepas login klik pada menu Bonus Statement

2. Selepas itu pilih tarikh yang dikehendaki. Dalam contoh ini tarikhnya dari 1/5/2010 hingga 31/5/2010

3. Selepas klik View jumlah bonus akan dipaparkan

Klik di sini untuk imej yang lebih jelas

Dalam contoh ini jumlah bonus pairing ialah 1312.50 Nilai ini adalah dalam US Dollar. Kadar tukaran yang ditetapkan ialah US$1.00 = RM3.60. Oleh itu :

US$1312.50 x 3.6 = RM4725.00

Bonus Matching

1. Untuk melihat bonus matching, klik pada menu Monthly Statement

2. Kemudian pilih bulan. Dalam contoh ini 201005 bermaksud bulan 05 tahun 2010

3. Selepas klik View jumlah bonus akan dipaparkan

Klik di sini untuk imej yang lebih jelas

Dalam contoh ini jumlah bonus mathcing ialah 315.70. Nilai ini adalah dalam US Dollar. Kadar tukaran yang ditetapkan ialah US$1.00 = RM3.60. Oleh itu :

US$315.70 x 3.6 = RM1136.52

Jadi jumlah keseluruhan bonus ialah :

RM4725.00 + RM1136.52 = RM5861.52

Adakah anda rasa pendapatan bulanan RM5862.52 akan membantu anda. Jika ya, jangan lihat saja Siti Hajar ni buat duit. Sama-sama kita berusaha untuk pendapatan yang lebih hebat. Jangan mudah menyerah kalah.. promosi..promosi dan teruskan usaha promosi. Anda pasti boleh. Ini bukanlah program 4D Duduk Diam Dapat Duit. Siapa buat dia dapat.

Cara Melihat Downline Di Laman Web Kanzzs

Walaupun anda tidak aktif dalam Kanzzs dan tidak pernah menaja downline atau hanya sebagai pengguna Tricajus sahaja, tidak semestinya anda tiada downline. Ada kemungkinan anda telah menerima downline dari direct atau indirect upline-upline anda.

Di dalam Kanzzs hierarkinya adalah binary, setiap agen hanya boleh buka dua kaki sahaja, selebihnya mesti diturunkan ke bawah, jadi jika anda mempunyai upline-upline yang aktif menaja, tidak mustahil anda telah mendapat limpahan downline ini.

Memang ada yang tak sedar mereka sebenarnya dah ada beberapa orang downline, malah ada yang sampai puluhan orang. Jadi rugilah kalau tak aktif sedangkan upline dah bantu masukkan downline.

Berikut adalah cara bagaimana nak melihat downline anda.

(1) Login di web rasmi syarikat di http://www.kanzzs.com/memarea


Masukkan no ahli, password dan taipkan semula no yang dipaparkan

(2) Selepas login lihat pada menu di sebelah kiri dan klik pada Hierarchy kemudian Placement Tree

Rajah di bawah adalah contoh rangkaian downline saya.

Merujuk pada grafik di atas, downline yang ditunjukkan hanya sehingga Level 2 sahaja. Jika nak lihat downline pada level seterusnya, anda boleh klik pada ikon yang berhampiran dengan nama downline tersebut.

Sebagai contoh jika saya nak lihat siapa di bawah Sufian Bin Pee saya boleh klik ikon berwarna gold di bawah nama beliau.

Untuk mengetahui berapa bilangan downline yang kita ada, lihat di bawah sekali pada Left Total: 125 dan Right Total: 282. Ini bermakna setakat hari ini saya ada 125 orang downline di sebelah kiri dan 282 orang downline di sebelah kanan. Jadi jumlah keseluruhan downline saya kini seramai 407 orang.

Cuba lihat hierarki anda sendiri sekarang. Mungkinkah anda tak tau yang anda dah ada downline.