Program Affiliate Tricajus
Baru-baru ini saya telah membina laman web jenis minisite menggunakan Sistem Mininiaga yang akan dilancarkan pada 28hb Jun 2010. Dengan Sistem Mininiaga ini minisite yang dibina sudah ada sistem affiliate terbina dalam (built in).

Apa Itu Program Affiliate
Program affiliate adalah satu program dimana anda menjadi agen untuk jualan produk atau servis dan akan dibayar komisyen jika ada pelanggan yang membeli dari link affiliate anda.Dalam kes ini, produk yang diniagakan ialah Tricajus.
Dengan program affiliate ini anda boleh menjual Tricajus tanpa perlu menguruskan pelanggan anda. Segala urusan semakan bayaran dan penghantaran produk dilakukan oleh admin. Anda hanya perlu buat promosi dan terima komisyen. Itu sahaja.
Komisyen
Setiap jualan Tricajus yang terhasil daripada usaha promosi anda, komisyennya adalah:
* RM5.00 untuk setiap 3 pek Tricajus
* RM20.00 untuk setiap 1 kotak Tricajus
Syarat dan Terma Penyertaan
* Pendaftaran sebagai agen affiliate adalah PERCUMA.
* Pendaftaran hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
* Komisyen yang terkumpul akan dibayar pada setiap 1 dan 15 haribulan.
* Komisyen affiliate atas pembelian diri sendiri tidak akan diambil kira.
* Komisyen affiliate akan dibayar dengan kaedah online banking transfer ke bank di Malaysia sahaja.
Cara Mendaftar Agen Affiliate
Untuk mendaftar sebagai Agen Affiliate Tricajus sila klik di sini. Isikan maklumat anda dengan lengkap seperti contoh di bawah.

Cara Mendapatkan Link Affiliate
Selepas mendaftar, anda boleh terus login ke akaun affiliate anda di http://jusabangpower.com/affcp/
Sebaik saja login, anda akan melihat screen seperti di bawah:

A = Link Affiliate Yang Perlu Anda Promosikan
B = Klik Di Sini Untuk Banner Promosi
Jika anda nak buat promosi menggunakan banner, klik pada Banners dan anda akan dapat screen seperti di bawah:

Anda boleh copy kod HTML yang ada dan paste ke laman web atau blog anda. Untuk melihat contoh banner klik pada View Banner. Jika ada yang membeli dari link affiliate anda, anda akan dapat komisyen. Lebih banyak anda menjual, lebih besarlah komisyen anda. Kini anda boleh berniaga tanpa modal.


