Blog Tricajus » Berita

Penamatan Jualan “Promotion Pack”
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Pengurusan Kanzzs ingin memaklumkan bahawa “Promotion Pack” untuk semua jenis produk Kanzzs tidak lagi ditawarkan mulai 1hb November 2010 (Ahad).

Ini bermakna, semua pembelian produk Kanzzs yang mengandungi “Promotion Pack” (6vp + 1Promotion) akan berakhir pada 31 Oktober 2010 (Ahad). Tindakan ini dibuat dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. “Promotion Pack” sudah diwujudkan selama lebih 3 tahun.

ii. Sejak kebelakangan ini, ramai para pengedar produk Kanzzs didapati menyalahgunakan “Promotion Pack” dengan menjualnya di bawah paras harga yang ditetapkan kerana ia dibeli dengan harga promosi.

iii. Penamatan “Promotion Pack” diharap dapat memudahkan lagi proses tempahan produk.

Pihak Pengurusan syarikat sangat menghargai segala sokongan para pengedar terhadap syarikat sebelum ini, dan berharap agar sokongan kalian akan berterusan. Kami juga yakin, penamatan “Promotion Pack” dapat diterima sebaiknya kerana ia mampu mengelak aktiviti pemotongan harga di samping mewujudkan kesamarataan untuk semua pengedar. Sekian.

Terima kasih.

Kanzzs Management

Mulai 1hb Okt 1CP=RM3.50
Mulai hari ini, 1hb Oktober 1CP = RM3.50. Ini bermakna :

Bonus Sponsor : CP15.27 = RM53.45

Bonus Pair 1* hingga 2* : CP7.00 = RM24.50

Bonus Pair 3* hingga 5* : CP10.50 = RM36.75

Sijil Analisis TricaJus
Daripada : Zulkifly Samad

Email : zulsamad@gmail.com

Salam Semua

Hari Jumaat lepas 24/09/10, saya telah pergi ke Syarikat Kanzzs. Maklumat yang saya perolehi dari Syarikat adalah seperti berikut:

a) Sijil Analisis dari USM, mendapati TricaJus adalah bersih dari bahan yang terlarang (sila rujuk attachment)

b) Semua produk yang di ambil semasa serbuan yang lalu telah dipulangkan semula

Sekian terima kasih

Wassalam

Kementerian Kesihatan Serbu Kilang Tricajus
KKM serbu Tricajus, berita ni memang mengejutkan saya. Betul ke? Selepas menghubungi beberapa orang leader mereka mengesahkan berita ni memang betul. Tetapi ini bukanlah bermakna ada masalah dengan Tricajus. Ini adalah rutin biasa gabungan KKM & Polis Anti Jenayah membuat serbuan dan pemeriksaan mengejut.

Dalam operasi besar-besaran pada 1hb Julai lepas, 110 orang pegawai penguatkuasa menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua buah rumah. Kilang Tricajus turut sama diserbu tetapi didapati Tricajus tidak melanggar sebarang peraturan dan tiada dadah viagra.

Jadi kepada semua pengedar, teruskan usaha anda memperkenalkan produk ini tanpa ragu-ragu. Tricajus sudah lebih 3 tahun berada di pasaran dan sehingga hari ini terbukti ianya bersih dari dadah viagra. Berikut adalah petikan berita dari Utusan Malaysia Online.

Pil Perangsang Seks Tiruan RM3 juta Dirampas Di Enam Kilang Sekitar Lembah Klang

KAJANG 1 Julai – Satu sindiket pengedaran pil perangsang seks tiruan hanya mampu ‘berputih mata’ apabila Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas beratus ribu kotak berisi pil tenaga batin bernilai RM3 juta di enam kilangnya di sekitar Lembah Klang hari ini.

Kilang milik sindiket terbabit didapati menghasilkan pelbagai jenis produk makanan dan pil rangsangan seks tiruan menggunakan jenama beberapa produk ubatan tradisional keluaran syarikat tempatan yang terkenal.

Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mohd. Hatta Ahmad berkata, pihaknya dibantu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bertindak menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua rumah selepas yakin ia menjalankan kegiatan memproses dan mengedar produk itu.

Beliau berkata, serbuan secara serentak dijalankan oleh 110 pegawai penguatkuasa Farmasi KMM di 19 lokasi termasuk Kajang, Balakong, Kuchai Lama, Sentul, Cheras dan Klang itu dibuat pada pukul 11.30 pagi.

“Siasatan mendapati kumpulan sindiket adalah dalang yang memproses, membungkus dan mengedar pelbagai jenama produk rangsangan seks kepada syarikat jualan langsung dengan menggunakan pelbagai kaedah penyamaran.

“Antara taktik digunakan sindiket ialah mencampurkan bahan kimia terlarang iaitu ’sildenafil nitrat’ dalam serbuk kopi, jus buah-buahan, makanan kesihatan dan pil penambah tenaga untuk menghasilkan ubat rangsangan seks tiruan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan pertama dibuat di sebuah kilang tidak bernama di kawasan Perindustrian Taming Jaya di sini. Di situ, katanya, terdapat lebih 20 pekerja sedang sibuk memproses pelbagai jenis produk rangsangan seks tiruan.

Tambahnya, beratus ribu kotak berisi produk rangsangan seks tiruan turut ditemui seperti :

* VNG400

* Goji Plus Kapsul

* Vegrow

* Knight Coffee

“Dalam serbuan di enam kilang ini, kita telah merampas semua produk dan mesin yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk rangsangan seks tiruan yang dianggar bernilai RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata, pengguna yang mengambil produk makanan dicampur sebatian ’sildenafil nitrat’ menghadapi risiko maut terutama penghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Majlis Perasmian Pembukaan Stokis Tricajus Shah Alam
Stokis TRICAJUS akan di buka berhampiran dengan warga Shah Alam. Datanglah beramai-ramai untuk mendengar taklimat tentang peluang PERNIAGAAN sambil menikmati minuman TRICAJUS secara PERCUMA.

Tarikh : 15 Mei 2010

Masa : Jam 9.00 malam

Lokasi : Tingkat atas, 11A-A, Jalan Pinang E, 18/E (dekat dengan MYDIN seksyen 18) Seksyen 18, Shah Alam.

Sila war-warkan pada rakan-rakan dan kenalan anda. Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En. Mohd Rosli Mohd Nor

Tel : 0176816976

Pertukaran Admin Web Sponsor Jushebat.com
Mulai 9/05/2010 Admin website jushebat.com telah ditukar kepada :

Zulhelmi Kasmin

Tel : 019-7971235

Email : admin@jushebat.com

Walaubagaimanapun admin asal En. Sukeri Mohamed masih terus memantau web tersebut. Ini kerana semakin ramai yang menyertai jushebat.com dan agak sukar untuk dikendalikan oleh seorang admin sahaja.

Segala urusan bayaran dan pengeposan produk akan diuruskan oleh En. Zulhelmi sementara semua pertanyaan tentang produk, pelan pemasaran dan lain-lain lagi akan dilayan oleh En. Sukeri. Harap maklum

Ubat Kuat Dalam Jus Oren
KAJANG: Jika sebelum ini majun tradisional dan serbuk kopi campuran kerap menjadi ‘alat’ untuk memasarkan produk mengandungi kimia perangsang seks, kini sindiket yang mengedarkan bahan haram itu menukar taktik dengan mencampurkannya dalam jus oren.

Taktik terbaru itu dibongkar pegawai penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam serbuan di sebuah kilang di Seri Kembangan di sini, semalam.

Serbuan dibuat selepas KKM menemui serbuk kimia analog berbahaya jenis thiosildenafil dihasilkan melalui proses ubah suai kandungan kimia sildenafil yang didapati dua hingga lima kali lebih berbahaya berbanding bahan asal dan dikesan mampu mengancam nyawa pengguna.

Dalam serbuan diketuai Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Wan Hamid Wan Ibrahim menyasar beberapa syarikat dan ejen yang dikesan memasarkan jus oren berkenaan dengan harga kira-kira RM30 sekotak kepada orang ramai.

Wan Hamid berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung kandungan jus oren berkenaan yang didakwa mampu meningkatkan daya tahan seks.

Menurutnya, berikutan itu, pihaknya mendapatkan sampel produk berkenaan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil ujian dilakukan, Jabatan Kimia mengesahkan minuman jus oren itu mengandungi kimia berbahaya yang disahkan sebagai kimia analog thiosildenafil.

“Kimia ini biasanya sukar dikesan berikutan ia hasil ubah suai bahan kimia asal sildenafil supaya ia tidak mudah dikesan melalui ujian makmal. Bagaimanapun, kimia analog ini jauh lebih berbahaya dan mampu meragut nyawa pengguna sekiranya diambil dengan kerap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat dan pengesahan diterima daripada Jabatan Kimia, pihaknya melakukan serbuan di ibu pejabat syarikat terbabit di Kajang kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

“Ketika serbuan dilakukan pemilik syarikat terbabit yang juga seorang wanita berusia 30-an turut berada dalam premis. Hasil pemeriksaan, lebih 50 kotak jus oren mengandungi kimia terlarang itu ditemui dan dirampas.

“Namun ketika soal siasat, pemilik syarikat mendakwa tidak tahu menahu berhubung kewujudan kimia analog terbabit dalam produk dipasarkan. Dia mendakwa produk terbabit diperkenalkan seorang ejen yang membekalkan produk terbabit sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit mendakwa, produk berkenaan yang dihasilkan sebuah kilang di Sri Kembangan, turut disertakan laporan ujian makmal sebuah universiti terkemuka di selatan tanah air yang mendakwa ia selamat dan tidak mengandungi kimia berbahaya.

“Bukti terbabit dijadikan modal sindiket misteri itu untuk mengedar serbuk oren yang mengandungi kimia berkenaan menerusi syarikat milik Bumiputera berkenaan. Dalam kes ini, pemilik syarikat mungkin menjadi mangsa muslihat syarikat pembekal misteri yang dianggap sebagai ‘syarikat hantu’ tanpa alamat tetap.

“Berdasarkan siasatan, pembekal cuba menipu orang ramai dengan mendakwa minuman jus oren terbabit dicampur enam herba terpilih antaranya ginkgo biloba, serenoa, ginseng dan epimedium yang semuanya didakwa boleh mempertingkatkan keinginan seks dan menyembuhkan kemandulan,” katanya.

Namun menurutnya, semua enam herba yang dinyatakan pada iklan produk terbabit satu penipuan apabila ia hanya campuran serbuk pati oren dan kimia analog thiosildenafil.

“Berikutan itu, KKM terpaksa merampas semua produk minuman pati oren dan herba terbabit kerana dibimbangi boleh meracuni orang ramai. Ubat yang mengandungi kimia sildenafil hanya boleh dibekalkan doktor atau diperoleh dengan preksripsi doktor.

“Penggunaan produk makanan mengandungi kimia sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain,” katanya.

Beliau berkata, pemilikan bahan larangan itu untuk jualan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Bagi syarikat, ia boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Oleh :

Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Harian Metro

Dari Admin Jushebat.com : Jus Oren berkenaan tiada kena mengena dengan Tricajus dan syarikat Health & Health Marketing. Tricajus tidak mengandungi bahan terlarang dan telah berada di pasaran lebih dari 3 tahun tanpa sebarang masalah. Kesihatan anda bersama Tricajus mendapat perlindungan insuran RM1 juta dari Hong Leong.

Harga Baru Tricajus Kanzzs Mulai 1 Mac 2010
Salam… Dari Pihak Pengurusan KANZZS Management:

Harga baru setiap pakej produk (set @ 3 kotak / 45 paket) akan dinaikkan RM30 berkuatkuasa 1 Mac 2010. Harga baru di Semenanjung adalah seperti berikut:

Harga Baru Join Member Kanzzs

Bronze Distributor (1 star) – RM330.00

Gold Distributor (3 star) – RM1430.00

Harga Baru Pembelian Produk Oleh Ahli

3 kotak / 45 Sachets – RM275.00

Harga di atas tidak termasuk belanja pos jika membuat pembelian secara online. Belanja pos RM10 untuk Semenanjung dan RM15 bagi Sabah & Sarawak akan dikenakan bagi setiap set (3 kotak Tricajus)

Setiap pembelian (set) akan diberi 5 paket produk De Active secara percuma. Promosi Deactive ini hanya sah selama 3 bulan bemula Mac 2010 – May 2010 sementara stok masih ada.

Syarikat Kanzzs kini sedang memformulasi kembali semua produk yang ada untuk mencapai standard kementerian, kualiti & pengiktirafan dunia iaitu FDA @ Food & Drug Administration di mana produk syarikat dinaiktaraf dari segi pengiktirafan dunia tanpa had sempadan utk dipasarkan.

Sebarang info terbaru akan disampaikan dari semasa ke semasa. Hebahkan!!!!

Misteri Kopi RM20
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Secawan kopi susu biasanya dijual RM1.20 saja, namun kini timbul tanda tanya apabila muncul sejenis kopi istimewa mencecah RM20 secawan sehingga menimbulkan persoalan mengenai ramuan misterinya.

Persoalan itu terjawab apabila produk kopi yang diuar-uarkan mampu mengembalikan kejantanan suami di ranjang disahkan mengandungi racun berbahaya sildenafil yang dipercayai menjadi ramuan sulit syarikat pengeluar dan pengedarnya bagi melariskan jualan.

Bahan kimia terlarang itu yang boleh menyebabkan mati mengejut sering dicampur pembekal haram dalam serbuk kopi selepas didapati berupaya meningkatkan keinginan seksual lelaki walaupun pada masa sama mengundang 1,001 kesan sampingan berbahaya.

Penjualan ‘kopi batin’ terbabit terbongkar selepas sepasukan 10 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah syarikat berpejabat di Jalan Gombak di sini yang dikesan menjadi pengedar utama kopi maut terbabit.

Serbuan jam 11.15 pagi semalam oleh pegawai penguat kuasa farmasi KKM diketuai Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim dilakukan di pejabat syarikat pengedar serbuk kopi berkenaan selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penjualan kopi beracun berkenaan.

Wan Hamid berkata, pihaknya terlebih dahulu mendapatkan sampel produk kopi terbabit sebelum menghantarnya menjalani ujian makmal dan disahkan mengandungi bahan kimia beracun itu.

“Hasil serbuan mengejut itu, kami merampas hampir 3,000 peket kopi berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000. Siasatan mendapati kopi berkenaan dijual mencecah RM200 bagi setiap kotak berisi 10 peket.

“Lebih mengecewakan apabila berlaku penipuan terhadap pengguna apabila produk kopi terbabit didakwa pengedarnya selamat kerana dihasilkan melalui ekstrak tongkat ali, herba dan madu tanpa menyebut kandungan kimia berbahaya itu,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian makmal mendapati kopi terbabit mengandungi kimia yang sudah diubah suai dipanggil homosildenafil yang dipercayai diseludup.

“Berikutan itu, pegawai KKM mengambil keterangan seorang kakitangan syarikat terbabit berusia 20-an selain seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pemilik syarikat terbabit.

“Penemuan produk kopi yang dicampurkan kimia berbahaya itu membuktikan masih banyak syarikat kopi campuran tidak serik dan masih cuba membahayakan nyawa orang ramai demi memperoleh keuntungan,” katanya.

Menurutnya, kopi mengandungi kimia sildenafil itu di pasaran mudah dikenal pasti berikutan pengedar biasanya menjual dengan harga mahal.

Difahamkan, sildenafil yang turut terkandung dalam pil Viagra amat berbahaya terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan serta boleh menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah.

Sumber : Harian Metro

Kepada penggemar ubat kuat eloklah anda dapatkan produk yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan mempunyai Sijil Ujian Makmal bebas dari Sildenafil. Dapatkan Tricajus yang berperisa seperti Teh O Limau. Kalau campur ais lagi sedap, power pun dapat.

Jus Ubat Kuat Kena Rampas
Pagi semalam saya menerima SMS dan email dari beberapa orang downline yang memaklumkan akhbar Harian Metro melaporkan Jus Ubat Kuat Kena Rampas. Tanpa membuang masa saya terus mendapatkan akhbar tersebut dan membaca beritanya.

Seperti yang saya duga ianya tiada kaitan langsung dengan Tricajus yang sedang hot di pasaran sekarang. Berikut adalah beberapa fakta yang bercanggah dengan Tricajus yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.

(1) Jus Ubat Kuat tersebut baru berada di pasaran sejak enam bulan yang lalu tetapi Tricajus sudah berada di pasaran lebih dari 2 tahun.

(2) Jus Ubat Kuat tersebut dijual pada harga sekitar RM50 sekotak mengandungi 5 bungkusan sebaliknya harga pasaran Tricajus adalah RM125 sekotak mengandungi 15 bungkusan.

(3) Gambar di akhbar tersebut tidak menunjukkan warna kotak Tricajus iaitu merah hitam.

Di atas, gambar kotak Tricajus

Berikut adalah Sijil Kualiti Makanan dari Kementerian Kesihatan yang mengiktiraf Tricajus dan mengkelaskannya sebagai produk pemakanan.

Di bawah pula adalah Sijil Ujian Makanan yang mengesahkan Tricajus tidak mengandungi sebarang dadah terlarang

Laporan akhbar Harian Metro

Jus Ubat Kuat

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Sumber : Harian Metro

PETALING JAYA: Jika dahulu kimia maut sildenafil dijadikan bahan utama sindiket minuman rangsangan seks untuk dicampurkan ke dalam serbuk kopi, namun kini sindiket sama dipercayai cuba mengaburi kegiatan dengan mengadunkannya pula dalam bentuk jus minuman.

Difahamkan, taktik pertama kali digunakan pakai itu dianggap berbahaya berikutan ramai yang tidak menyedari jus minuman eksklusif itu boleh membunuh terutama di kalangan lelaki penghidap lemah jantung dan darah tinggi.

Sumber penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kewujudan minuman jus yang dicampurkan dengan kimia beracun sildenafil nitrat dibongkar selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung minuman mencurigakan itu.

Menurutnya, hasil maklumat diterima, pihak farmasi menghantar sampel produk terbabit untuk ujian di makmal kimia KKM.

“Hasil ujian, pihaknya mengenal pasti kewujudan kimia terlarang sildenafil yang dicampurkan dalam serbuk jus berkenaan.

“Agak mengejutkan apabila pengilang dan pengedar produk terbabit mendakwa produk jus itu hanya dihasilkan daripada campuran herba terpilih untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki dan wanita,” katanya.

Menurutnya, hasil laporan kimia itu, pihaknya menjalankan operasi besar-besaran kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di lebih 30 stokis dan pengedar jus berkenaan di seluruh negara.

“Operasi serentak itu dilakukan bagi memastikan produk terbabit yang dijual secara jualan langsung tidak terus dibeli orang ramai.

“Dalam operasi di ibu pejabat syarikat itu di Subang Jaya, pasukan pegawai penguat kuasa farmasi menyoal siasat tiga pegawai pemasaran dan seorang penjaga stor syarikat terbabit,” katanya.

Difahamkan, KKM merampas 600 kotak serbuk jus berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000 di seluruh negara.

Menurutnya, siasatan mendapati, jus itu dikilangkan sebuah kilang di Kajang berdasarkan dokumen diperoleh di syarikat pengedar berkenaan.

Menurutnya, pekerja syarikat itu mengakui produk dijual di pasaran sejak enam bulan lalu amat laris di pasaran.

“Pegawai penguat kuasa farmasi yang menjalankan siasatan menemui beratus kotak jus berkenaan yang menanti masa untuk diedarkan kepada stokis.

“Setiap kotak jus berkenaan yang dijual lebih RM50 ringgit mempunyai lima bungkusan serbuk jus di dalamnya. Pengguna hanya perlu membancuhnya bersama air sebelum diminum,” katanya.

Difahamkan, KKM merampas 600 kotak serbuk jus berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000 di seluruh negara.

Menurutnya, siasatan mendapati, jus itu dikilangkan sebuah kilang di Kajang berdasarkan dokumen diperoleh di syarikat pengedar berkenaan.

“Kami akan menjalankan siasatan terhadap syarikat pengilang berkenaan yang memperoleh MP kerajaan. Jika benar ia mengilangkan produk berbahaya, ia pastinya satu kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang.

“Ini rampasan kali pertama membabitkan kimia sildenafil nitrat yang sengaja dicampurkan ke dalam minuman berbentuk jus.

Sebelum ini, kimia berkenaan hanya ditemui dalam minuman berbentuk kopi campuran khusus untuk memberi rangsangan seks kepada lelaki,” katanya.

Menurutnya, syarikat pengedar berkenaan akan disiasat dan dikenakan tindakan mengikut di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 dan individu yang denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.

Bahan kimia sildenafil dan tadalafil dalam gula-gula seks berkenaan amat berbahaya terutama kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi.