Penamatan Jualan “Promotion Pack”
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Pihak Pengurusan Kanzzs ingin memaklumkan bahawa “Promotion Pack” untuk semua jenis produk Kanzzs tidak lagi ditawarkan mulai 1hb November 2010 (Ahad).
Ini bermakna, semua pembelian produk Kanzzs yang mengandungi “Promotion Pack” (6vp + 1Promotion) akan berakhir pada 31 Oktober 2010 (Ahad). Tindakan ini dibuat dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. “Promotion Pack” sudah diwujudkan selama lebih 3 tahun.
ii. Sejak kebelakangan ini, ramai para pengedar produk Kanzzs didapati menyalahgunakan “Promotion Pack” dengan menjualnya di bawah paras harga yang ditetapkan kerana ia dibeli dengan harga promosi.
iii. Penamatan “Promotion Pack” diharap dapat memudahkan lagi proses tempahan produk.
Pihak Pengurusan syarikat sangat menghargai segala sokongan para pengedar terhadap syarikat sebelum ini, dan berharap agar sokongan kalian akan berterusan. Kami juga yakin, penamatan “Promotion Pack” dapat diterima sebaiknya kerana ia mampu mengelak aktiviti pemotongan harga di samping mewujudkan kesamarataan untuk semua pengedar. Sekian.
Terima kasih.
Kanzzs Management

No comments yet.