Kementerian Kesihatan Serbu Kilang Tricajus
KKM serbu Tricajus, berita ni memang mengejutkan saya. Betul ke? Selepas menghubungi beberapa orang leader mereka mengesahkan berita ni memang betul. Tetapi ini bukanlah bermakna ada masalah dengan Tricajus. Ini adalah rutin biasa gabungan KKM & Polis Anti Jenayah membuat serbuan dan pemeriksaan mengejut.
Dalam operasi besar-besaran pada 1hb Julai lepas, 110 orang pegawai penguatkuasa menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua buah rumah. Kilang Tricajus turut sama diserbu tetapi didapati Tricajus tidak melanggar sebarang peraturan dan tiada dadah viagra.
Jadi kepada semua pengedar, teruskan usaha anda memperkenalkan produk ini tanpa ragu-ragu. Tricajus sudah lebih 3 tahun berada di pasaran dan sehingga hari ini terbukti ianya bersih dari dadah viagra. Berikut adalah petikan berita dari Utusan Malaysia Online.
Pil Perangsang Seks Tiruan RM3 juta Dirampas Di Enam Kilang Sekitar Lembah Klang
KAJANG 1 Julai – Satu sindiket pengedaran pil perangsang seks tiruan hanya mampu ‘berputih mata’ apabila Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas beratus ribu kotak berisi pil tenaga batin bernilai RM3 juta di enam kilangnya di sekitar Lembah Klang hari ini.
Kilang milik sindiket terbabit didapati menghasilkan pelbagai jenis produk makanan dan pil rangsangan seks tiruan menggunakan jenama beberapa produk ubatan tradisional keluaran syarikat tempatan yang terkenal.
Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mohd. Hatta Ahmad berkata, pihaknya dibantu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bertindak menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua rumah selepas yakin ia menjalankan kegiatan memproses dan mengedar produk itu.
Beliau berkata, serbuan secara serentak dijalankan oleh 110 pegawai penguatkuasa Farmasi KMM di 19 lokasi termasuk Kajang, Balakong, Kuchai Lama, Sentul, Cheras dan Klang itu dibuat pada pukul 11.30 pagi.
“Siasatan mendapati kumpulan sindiket adalah dalang yang memproses, membungkus dan mengedar pelbagai jenama produk rangsangan seks kepada syarikat jualan langsung dengan menggunakan pelbagai kaedah penyamaran.
“Antara taktik digunakan sindiket ialah mencampurkan bahan kimia terlarang iaitu ’sildenafil nitrat’ dalam serbuk kopi, jus buah-buahan, makanan kesihatan dan pil penambah tenaga untuk menghasilkan ubat rangsangan seks tiruan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi di sini hari ini.
Beliau berkata, serbuan pertama dibuat di sebuah kilang tidak bernama di kawasan Perindustrian Taming Jaya di sini. Di situ, katanya, terdapat lebih 20 pekerja sedang sibuk memproses pelbagai jenis produk rangsangan seks tiruan.
Tambahnya, beratus ribu kotak berisi produk rangsangan seks tiruan turut ditemui seperti :
* VNG400
* Goji Plus Kapsul
* Vegrow
* Knight Coffee
“Dalam serbuan di enam kilang ini, kita telah merampas semua produk dan mesin yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk rangsangan seks tiruan yang dianggar bernilai RM3 juta,” katanya.
Beliau berkata, pengguna yang mengambil produk makanan dicampur sebatian ’sildenafil nitrat’ menghadapi risiko maut terutama penghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan.
Sumber : Utusan Malaysia Online

Fuhhhh!!!!
Saya berdebar-debar dapat berita ini.
Berita begini perlu kepada semua ahli untuk mengukuhkan lagi bines yang sedang diusahakan..
Harap semua leader bersabar.. Kuatkan lagi kerja tu..
Salam Semua.
Saya mendapat tahu dari laman web Kementerian kesihatan Malaysia, tricajus ni didapati mengandungi bahan terlarang iaitu THIOSILDENAFIL.
Saya ingin tahu lebih lanjut. Saya baru beli sekotak (15 bungkus) , dah makan 4 bungkus.
Ingin KEpastian.
Salam, 3 laporan akhbar telah dikeluarkan iaitu 2hb Julai di Uttusan, 31hb Julai di Metro dan 6hb Ogos di Berita Harian.
.
Saya dah hubungi syarikat dan dikatakan produk tak ada masalah dan ianya masih dijual seperti biasa. Jika dah terbukti ada dadah, tentu kilang dan produk telah disita. Sebulan telah berlalu tetapi pengeluaran masih macam biasa. .
.
Difahamkan ada perbuatan sabotaj melalui siri laporan akhbar-akhbar tersebut. Ada pihak ketiga yang buat ujian sendiri dapati tiada dadah. Wallahualam.