Misteri Kopi RM20

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Secawan kopi susu biasanya dijual RM1.20 saja, namun kini timbul tanda tanya apabila muncul sejenis kopi istimewa mencecah RM20 secawan sehingga menimbulkan persoalan mengenai ramuan misterinya.

Persoalan itu terjawab apabila produk kopi yang diuar-uarkan mampu mengembalikan kejantanan suami di ranjang disahkan mengandungi racun berbahaya sildenafil yang dipercayai menjadi ramuan sulit syarikat pengeluar dan pengedarnya bagi melariskan jualan.

Bahan kimia terlarang itu yang boleh menyebabkan mati mengejut sering dicampur pembekal haram dalam serbuk kopi selepas didapati berupaya meningkatkan keinginan seksual lelaki walaupun pada masa sama mengundang 1,001 kesan sampingan berbahaya.

Penjualan ‘kopi batin’ terbabit terbongkar selepas sepasukan 10 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah syarikat berpejabat di Jalan Gombak di sini yang dikesan menjadi pengedar utama kopi maut terbabit.

Serbuan jam 11.15 pagi semalam oleh pegawai penguat kuasa farmasi KKM diketuai Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim dilakukan di pejabat syarikat pengedar serbuk kopi berkenaan selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penjualan kopi beracun berkenaan.

Wan Hamid berkata, pihaknya terlebih dahulu mendapatkan sampel produk kopi terbabit sebelum menghantarnya menjalani ujian makmal dan disahkan mengandungi bahan kimia beracun itu.

“Hasil serbuan mengejut itu, kami merampas hampir 3,000 peket kopi berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000. Siasatan mendapati kopi berkenaan dijual mencecah RM200 bagi setiap kotak berisi 10 peket.

“Lebih mengecewakan apabila berlaku penipuan terhadap pengguna apabila produk kopi terbabit didakwa pengedarnya selamat kerana dihasilkan melalui ekstrak tongkat ali, herba dan madu tanpa menyebut kandungan kimia berbahaya itu,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian makmal mendapati kopi terbabit mengandungi kimia yang sudah diubah suai dipanggil homosildenafil yang dipercayai diseludup.

“Berikutan itu, pegawai KKM mengambil keterangan seorang kakitangan syarikat terbabit berusia 20-an selain seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pemilik syarikat terbabit.

“Penemuan produk kopi yang dicampurkan kimia berbahaya itu membuktikan masih banyak syarikat kopi campuran tidak serik dan masih cuba membahayakan nyawa orang ramai demi memperoleh keuntungan,” katanya.

Menurutnya, kopi mengandungi kimia sildenafil itu di pasaran mudah dikenal pasti berikutan pengedar biasanya menjual dengan harga mahal.

Difahamkan, sildenafil yang turut terkandung dalam pil Viagra amat berbahaya terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan serta boleh menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah.

Sumber : Harian Metro

Kepada penggemar ubat kuat eloklah anda dapatkan produk yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan mempunyai Sijil Ujian Makmal bebas dari Sildenafil. Dapatkan Tricajus yang berperisa seperti Teh O Limau. Kalau campur ais lagi sedap, power pun dapat.

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by shahraduan
2010-01-08 03:07:17

Ya..dapatkan segera dari saya juga..sape yg tinggal kat kedah boleh roger2 saya..hehehe

Comment by mdhafiz Subscribed to comments via email
2010-01-09 03:38:22

Salammualaikum..nak tahu tentang tricajus, adakah kesan positif berpanjangan? Ikut pengalaman, ada setengah produk, hanya hari pertama hingga bulan pertma berkesan memang power, tetapi setelah hari2 minum lebih sebulan atau hingga ke tiga bulan, seolah2 tiada berkesan..

Terima kasih

 
 
Comment by Ahmad
2010-01-08 03:29:27

Tricajus memang power! rasa sekali nak berkali-kali…

Comment by Wellness Subscribed to comments via email
2010-01-09 03:42:05

Salammualaikum..nak tahu tentang tricajus, adakah oower berpanjangan? Ikut pengalaman, ada setengah produk, hanya hari pertama hingga bulan pertma memang power, tetapi setelah hari2 minum lebih sebulan atau hingga ke tiga bulan, seolah2 tiada berkesan..Macam mana tricajus ikut pengalaman saudara atau pengguna lain???

Terima kasih

 
 
Comment by best1of4,s blog
2010-01-08 04:34:52

Salam semua..

Dilembah Klang boleh hubungi saya untuk mendapatkan Tricajus.

 
Comment by ammbiz
2010-01-08 09:06:48

Betul kata shahraduan.. saya ambil dari dia.. memang power… mesti pilih!!

 
Comment by man
2010-01-08 12:00:45

kenapa sijil kk pengkelasan tricajus digunakan untuk pengiklanan?
Padahal dalam surat tertulis seperti berikut:

dalam perenggan 5 “adalah ditekankan segala …..maklumat dalam surat ini tidak boleh digunakan untuk kelulusan….untuk pengiklanan produk puan.”

 
Comment by Admin
2010-01-08 12:48:35

Memang dinyatakan dalam surat tersebut tidak boleh digunakan untuk pengiklanan tetapi tiada pilihan bila orang meragui dan persoalkan sama ada produk ini mendapat pengiktirafan KKM.

 
Comment by Admin
2010-01-10 03:42:44

Waalaikumsalam, saya dah guna Tricajus selama 7 bulan dan sejak 5 bulan yang lepas saya minum setiap hari. Alhamdulillah sehingga hari ini Tricajus masih berkesan pada saya.

 
2010-01-11 02:14:02

Saya Hanafiah, yang tinggal kat senawang tu (lihat nombor hp), tricajus memang hebat, masa saya mula-mula makan memang dia ada efek sebab saya ada darah tinggi, tapi lepas dah 7 hari, darah tinggi saya mula turun dan saya masih makan ubat darah tinggi tapi doktor suruhkan kurangkan daripada dari 8mg kepada 4mg. Kemudian nak bagi tahu power tak power, orang rumah pun perasan yang saiz adik kecil kita dah membesar.. ehm..ehm..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post