Tricajus Di Pasar Tani Johor Bahru

Jualan Tricajus Di Pasar Tani, Stadium Larkin Johor Bahru

Kepada warga JB dan Singapura, kini anda boleh mendapatkan bekalan Tricajus di Pasar Tani, Stadium Larkin Johor Bahru. Pasar Tani ini berlangsung setiap minggu pada hari Sabtu dari jam 7 pagi – 11 pagi. Yang nak minum free pun boleh.

Bagi orang JB & Singapura yang tak sabar tunggu hingga hari Sabtu, boleh berhubung dengan peniaga Pasar Tani ni Hjh Noorliah Hj Zakaria 016-7337387 untuk mendapatkan Tricajus dengan segera.

Misteri Kopi RM20

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Secawan kopi susu biasanya dijual RM1.20 saja, namun kini timbul tanda tanya apabila muncul sejenis kopi istimewa mencecah RM20 secawan sehingga menimbulkan persoalan mengenai ramuan misterinya.

Persoalan itu terjawab apabila produk kopi yang diuar-uarkan mampu mengembalikan kejantanan suami di ranjang disahkan mengandungi racun berbahaya sildenafil yang dipercayai menjadi ramuan sulit syarikat pengeluar dan pengedarnya bagi melariskan jualan.

Bahan kimia terlarang itu yang boleh menyebabkan mati mengejut sering dicampur pembekal haram dalam serbuk kopi selepas didapati berupaya meningkatkan keinginan seksual lelaki walaupun pada masa sama mengundang 1,001 kesan sampingan berbahaya.

Penjualan ‘kopi batin’ terbabit terbongkar selepas sepasukan 10 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah syarikat berpejabat di Jalan Gombak di sini yang dikesan menjadi pengedar utama kopi maut terbabit.

Serbuan jam 11.15 pagi semalam oleh pegawai penguat kuasa farmasi KKM diketuai Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim dilakukan di pejabat syarikat pengedar serbuk kopi berkenaan selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penjualan kopi beracun berkenaan.

Wan Hamid berkata, pihaknya terlebih dahulu mendapatkan sampel produk kopi terbabit sebelum menghantarnya menjalani ujian makmal dan disahkan mengandungi bahan kimia beracun itu.

“Hasil serbuan mengejut itu, kami merampas hampir 3,000 peket kopi berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000. Siasatan mendapati kopi berkenaan dijual mencecah RM200 bagi setiap kotak berisi 10 peket.

“Lebih mengecewakan apabila berlaku penipuan terhadap pengguna apabila produk kopi terbabit didakwa pengedarnya selamat kerana dihasilkan melalui ekstrak tongkat ali, herba dan madu tanpa menyebut kandungan kimia berbahaya itu,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian makmal mendapati kopi terbabit mengandungi kimia yang sudah diubah suai dipanggil homosildenafil yang dipercayai diseludup.

“Berikutan itu, pegawai KKM mengambil keterangan seorang kakitangan syarikat terbabit berusia 20-an selain seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pemilik syarikat terbabit.

“Penemuan produk kopi yang dicampurkan kimia berbahaya itu membuktikan masih banyak syarikat kopi campuran tidak serik dan masih cuba membahayakan nyawa orang ramai demi memperoleh keuntungan,” katanya.

Menurutnya, kopi mengandungi kimia sildenafil itu di pasaran mudah dikenal pasti berikutan pengedar biasanya menjual dengan harga mahal.

Difahamkan, sildenafil yang turut terkandung dalam pil Viagra amat berbahaya terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan serta boleh menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah.

Sumber : Harian Metro

Kepada penggemar ubat kuat eloklah anda dapatkan produk yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan mempunyai Sijil Ujian Makmal bebas dari Sildenafil. Dapatkan Tricajus yang berperisa seperti Teh O Limau. Kalau campur ais lagi sedap, power pun dapat.

Testimoni Tricajus – Ubat Pelbagai Penyakit

Saya pada mulanya tidak menyangka mendapat produk ini dari abang saya. Beliau memberi saya 1 kotak tetapi saya bagi orang lain cuba. Kalau saya cuba lain pula jadinya maklumlah bujang.

Setelah saya bagi 1 paket buat 2 kali minum kepada kawan-kawan saya yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, buasir, lemah tenaga batin dan sebagainya..

Alhamdulilah keesokannya ada yang datang ingin membeli. Dari situ saya terfikir untuk mendaftar dan sekarang ada yang mengucap terima kasih sampai mengalir air mata kerana penyakit beliau telah sembuh.

Bagi saya, saya terasa gembira melihat kawan-kawan saya bebas dari penyakit, sambil menjual sambil kita beramal pada yang sakit. Jika anda tidak percaya bolehlah datang ke tempat saya di Penjara Jelebu.

Boleh jumpa kawan-kawan saya yang makan TRICAJUS. APAKAH PERASAAN ANDA BILA TENGOK ORANG YANG SAKIT SEMBUH BILA ANDA MEMBERI TRICAJUS. ITU ADALAH SALAH SATU IBADAH JIKA HATI KITA IKHLAS. ASSALAMMUALAIKUM…

Suriadi bin Pee
Tel : 012-6544889
Jelebu, Negeri Sembilan