Jus Ubat Kuat Kena Rampas

Pagi semalam saya menerima SMS dan email dari beberapa orang downline yang memaklumkan akhbar Harian Metro melaporkan Jus Ubat Kuat Kena Rampas. Tanpa membuang masa saya terus mendapatkan akhbar tersebut dan membaca beritanya.

Seperti yang saya duga ianya tiada kaitan langsung dengan Tricajus yang sedang hot di pasaran sekarang. Berikut adalah beberapa fakta yang bercanggah dengan Tricajus yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.

(1) Jus Ubat Kuat tersebut baru berada di pasaran sejak enam bulan yang lalu tetapi Tricajus sudah berada di pasaran lebih dari 2 tahun.

(2) Jus Ubat Kuat tersebut dijual pada harga sekitar RM50 sekotak mengandungi 5 bungkusan sebaliknya harga pasaran Tricajus adalah RM125 sekotak mengandungi 15 bungkusan.

(3) Gambar di akhbar tersebut tidak menunjukkan warna kotak Tricajus iaitu merah hitam.


Di atas, gambar kotak Tricajus


Berikut adalah Sijil Kualiti Makanan dari Kementerian Kesihatan yang mengiktiraf Tricajus dan mengkelaskannya sebagai produk pemakanan.

Di bawah pula adalah Sijil Ujian Makanan yang mengesahkan Tricajus tidak mengandungi sebarang dadah terlarang


Laporan akhbar Harian Metro

Jus Ubat Kuat
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Sumber : Harian Metro

PETALING JAYA: Jika dahulu kimia maut sildenafil dijadikan bahan utama sindiket minuman rangsangan seks untuk dicampurkan ke dalam serbuk kopi, namun kini sindiket sama dipercayai cuba mengaburi kegiatan dengan mengadunkannya pula dalam bentuk jus minuman.

Difahamkan, taktik pertama kali digunakan pakai itu dianggap berbahaya berikutan ramai yang tidak menyedari jus minuman eksklusif itu boleh membunuh terutama di kalangan lelaki penghidap lemah jantung dan darah tinggi.

Sumber penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kewujudan minuman jus yang dicampurkan dengan kimia beracun sildenafil nitrat dibongkar selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung minuman mencurigakan itu.

Menurutnya, hasil maklumat diterima, pihak farmasi menghantar sampel produk terbabit untuk ujian di makmal kimia KKM.

“Hasil ujian, pihaknya mengenal pasti kewujudan kimia terlarang sildenafil yang dicampurkan dalam serbuk jus berkenaan.

“Agak mengejutkan apabila pengilang dan pengedar produk terbabit mendakwa produk jus itu hanya dihasilkan daripada campuran herba terpilih untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki dan wanita,” katanya.

Menurutnya, hasil laporan kimia itu, pihaknya menjalankan operasi besar-besaran kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di lebih 30 stokis dan pengedar jus berkenaan di seluruh negara.

“Operasi serentak itu dilakukan bagi memastikan produk terbabit yang dijual secara jualan langsung tidak terus dibeli orang ramai.

“Dalam operasi di ibu pejabat syarikat itu di Subang Jaya, pasukan pegawai penguat kuasa farmasi menyoal siasat tiga pegawai pemasaran dan seorang penjaga stor syarikat terbabit,” katanya.

Difahamkan, KKM merampas 600 kotak serbuk jus berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000 di seluruh negara.

Menurutnya, siasatan mendapati, jus itu dikilangkan sebuah kilang di Kajang berdasarkan dokumen diperoleh di syarikat pengedar berkenaan.

Menurutnya, pekerja syarikat itu mengakui produk dijual di pasaran sejak enam bulan lalu amat laris di pasaran.

“Pegawai penguat kuasa farmasi yang menjalankan siasatan menemui beratus kotak jus berkenaan yang menanti masa untuk diedarkan kepada stokis.

“Setiap kotak jus berkenaan yang dijual lebih RM50 ringgit mempunyai lima bungkusan serbuk jus di dalamnya. Pengguna hanya perlu membancuhnya bersama air sebelum diminum,” katanya.

Difahamkan, KKM merampas 600 kotak serbuk jus berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000 di seluruh negara.

Menurutnya, siasatan mendapati, jus itu dikilangkan sebuah kilang di Kajang berdasarkan dokumen diperoleh di syarikat pengedar berkenaan.

“Kami akan menjalankan siasatan terhadap syarikat pengilang berkenaan yang memperoleh MP kerajaan. Jika benar ia mengilangkan produk berbahaya, ia pastinya satu kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang.

“Ini rampasan kali pertama membabitkan kimia sildenafil nitrat yang sengaja dicampurkan ke dalam minuman berbentuk jus.

Sebelum ini, kimia berkenaan hanya ditemui dalam minuman berbentuk kopi campuran khusus untuk memberi rangsangan seks kepada lelaki,” katanya.

Menurutnya, syarikat pengedar berkenaan akan disiasat dan dikenakan tindakan mengikut di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 dan individu yang denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.

Bahan kimia sildenafil dan tadalafil dalam gula-gula seks berkenaan amat berbahaya terutama kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi.

RSS feed | Trackback URI

12 Comments »

Comment by afzan
2009-09-15 03:03:02

diaorg ni dah xde keje lain kot..taunya nak ciplak produk org jer…dah tu nak kaut untung juta2 dgn susahkan org ramai…hampeh…

Comment by Admin
2009-09-15 03:09:13

Tu la.. Kanzzs buat jus ubat kuat pakai herba istimewa. Dia orang ni tak pandai buat, pakai dadah viagra jer. Jangan ingat boleh lepas. Sure kena gak.

 
 
Comment by Lenny PowerJuzz
2009-09-15 03:41:35

Selalunya, nak untung cepat punya pasal, peniaga guna alternatif yang paling murah pasarkan ubat kuat dari China dan labelkan brand sendiri.

Bahaya kerana takde kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tak tau apa bahan sebenar dalam ubat tu..tapi sebab nak keuntungan cepat..memang diorang tak peduli selamat ke tidak.

Pembeli kita pulak kebanyakannya kelabu mata nak beli yang murah-murah aja tapi tak periksa kandungannya. Tak mudah ubat berasaskan herba ada pengiktirafan dr KKM.

Walaupun ada berita mcmni, syukurlah nama Tricajus tak tercemar. Terbukti Tricajus selamat..boleh check sijil2 kelulusan dari agensi2 diiktiraf kerajaan di laman web Tricajus saya http://www.powerjuzz.com

 
Comment by keman dali
2010-08-09 04:13:02

Saya Pengguna Tricajus. Saya bimbang walaupun tiada viagra dlm tricajus tetapi ada THIOSILDENAFIL. Info didapati di

http://www.pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=134&action=view&retrieveid=224

Anybody/Webmaster care to comment?

Keman

 
Comment by nazri Subscribed to comments via email
2010-08-10 00:54:57

Salam semuua…..

Lebih kurang 3 bulan yang lalu saya menyertai keluarga “kanzzs-int” (Ahli) dan menggunakan produk Tricajus. Saya juga telah mengedarkan barangan tersebut kepada rakan-rakan di tempat kerja. Saya berasa amat yakin bahawa produk ini selamat apatah lagi setelah “dilobi” bahawa produk ini telah disahkan selamat oleh sebuah makmal di Singapura yang dikatakan mempunyai prosedur yang ketat dalam ujian makmal. Tiba-tiba, saya terkejut apabila mendapati produk ini dimasukkan dalam senarai produk yang beracun oleh KKM. Maruah saya rasa tercabar dan berasa sangat malu berikutan kenyataan akhbar tersebut. Saya ditanya bertubi-tubi oleh rakan-rakan. Pagi ini saya mendengar berita seorang pengguna telah mengalami masalah kesihatan dan ini amat merisaukan saya.

Saya berharap pihak kanzzs-int dapat memberikan penjelasan yang sebaiknya berkaitan isu berkenaan kerana ini melibatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan pengedar yang mengedar barangan tersebut. Jika benar KKM telah melakukan kesilapan dalam analisis makmal, maka pihak kanzzs-int boleh mengenakan saman atau lain-lain tindakan yang difikirkan sesuai. Pihak kanzzs-int juga boleh dikenakan tindakan jika apa yang didakwa adalah benar kerana produk tersebut bukannya dijual secara terbuka tetapi melalui pengedar yang sah dan ini tidak mungkin berlakunya produk tiruan diedarkan.

Harap ambil tindakan yang serius berkaitan masalah ini.

Comment by Admin
2010-08-10 01:40:09

Lebih setahun saya menjual produk ni ianya mendatangkan kebaikan kepada ramai orang. Ramai yang sembuh dari penyakit kronik.
.
Yang menolak biasanya mereka yang tak boleh terima kerana tindakbalas sementara semasa awal pengambilan yang membuatkan mereka rasa sakit di sana sini. Ni samalah macam rawatan tradisional dan homeopathy.
.
Berita terbaru dari syarikat yang saya terima, KKM buat ujian makmal semalam dan hari ini (10/08/2010) akan dapat keputusannya.
.
Sebarang perkembangan saya akan update di blog ini. Insyaallah.

Comment by zack
2010-08-23 04:01:50

Berita terbaru dari syarikat yang saya terima, KKM buat ujian makmal semalam dan hari ini (10/08/2010) akan dapat keputusannya……

…….dah dekat hujung bulan ni,apa resultnya?..tk kan tak tahu resultnya lagi?

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by mat Subscribed to comments via email
2010-09-05 21:56:21

Salam.. apa resultnya

 
Comment by alternatif
2010-10-06 15:53:02

Ubat-ubat alopati pun apa kurangnya yg banyak menggunakan bahan kimia dan dadah tapi kandungan yg dibenarkan…kalau guna berterusan pun banyak jgk masaalah.nak sembuhkan satu penyakit tapi datang beribu penyakit……jadi jangan salahkan ubat tapi pengeluar produk yang tamak dan penipu..!!!

 
Comment by Admin
 
 
Comment by Admin
2010-10-07 02:36:09
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post