Jus Ubat Kuat Kena Rampas

Pagi semalam saya menerima SMS dan email dari beberapa orang downline yang memaklumkan akhbar Harian Metro melaporkan Jus Ubat Kuat Kena Rampas. Tanpa membuang masa saya terus mendapatkan akhbar tersebut dan membaca beritanya.

Seperti yang saya duga ianya tiada kaitan langsung dengan Tricajus yang sedang hot di pasaran sekarang. Berikut adalah beberapa fakta yang bercanggah dengan Tricajus yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.

(1) Jus Ubat Kuat tersebut baru berada di pasaran sejak enam bulan yang lalu tetapi Tricajus sudah berada di pasaran lebih dari 2 tahun.

(2) Jus Ubat Kuat tersebut dijual pada harga sekitar RM50 sekotak mengandungi 5 bungkusan sebaliknya harga pasaran Tricajus adalah RM125 sekotak mengandungi 15 bungkusan.

(3) Gambar di akhbar tersebut tidak menunjukkan warna kotak Tricajus iaitu merah hitam.


Di atas, gambar kotak Tricajus


Berikut adalah Sijil Kualiti Makanan dari Kementerian Kesihatan yang mengiktiraf Tricajus dan mengkelaskannya sebagai produk pemakanan.

Di bawah pula adalah Sijil Ujian Makanan yang mengesahkan Tricajus tidak mengandungi sebarang dadah terlarang


Laporan akhbar Harian Metro

Jus Ubat Kuat
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Sumber : Harian Metro

PETALING JAYA: Jika dahulu kimia maut sildenafil dijadikan bahan utama sindiket minuman rangsangan seks untuk dicampurkan ke dalam serbuk kopi, namun kini sindiket sama dipercayai cuba mengaburi kegiatan dengan mengadunkannya pula dalam bentuk jus minuman.

Difahamkan, taktik pertama kali digunakan pakai itu dianggap berbahaya berikutan ramai yang tidak menyedari jus minuman eksklusif itu boleh membunuh terutama di kalangan lelaki penghidap lemah jantung dan darah tinggi.

Sumber penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kewujudan minuman jus yang dicampurkan dengan kimia beracun sildenafil nitrat dibongkar selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung minuman mencurigakan itu.

Menurutnya, hasil maklumat diterima, pihak farmasi menghantar sampel produk terbabit untuk ujian di makmal kimia KKM.

“Hasil ujian, pihaknya mengenal pasti kewujudan kimia terlarang sildenafil yang dicampurkan dalam serbuk jus berkenaan.

“Agak mengejutkan apabila pengilang dan pengedar produk terbabit mendakwa produk jus itu hanya dihasilkan daripada campuran herba terpilih untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki dan wanita,” katanya.

Menurutnya, hasil laporan kimia itu, pihaknya menjalankan operasi besar-besaran kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di lebih 30 stokis dan pengedar jus berkenaan di seluruh negara.

“Operasi serentak itu dilakukan bagi memastikan produk terbabit yang dijual secara jualan langsung tidak terus dibeli orang ramai.

“Dalam operasi di ibu pejabat syarikat itu di Subang Jaya, pasukan pegawai penguat kuasa farmasi menyoal siasat tiga pegawai pemasaran dan seorang penjaga stor syarikat terbabit,” katanya.

Difahamkan, KKM merampas 600 kotak serbuk jus berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000 di seluruh negara.

Menurutnya, siasatan mendapati, jus itu dikilangkan sebuah kilang di Kajang berdasarkan dokumen diperoleh di syarikat pengedar berkenaan.

Menurutnya, pekerja syarikat itu mengakui produk dijual di pasaran sejak enam bulan lalu amat laris di pasaran.

“Pegawai penguat kuasa farmasi yang menjalankan siasatan menemui beratus kotak jus berkenaan yang menanti masa untuk diedarkan kepada stokis.

“Setiap kotak jus berkenaan yang dijual lebih RM50 ringgit mempunyai lima bungkusan serbuk jus di dalamnya. Pengguna hanya perlu membancuhnya bersama air sebelum diminum,” katanya.

Difahamkan, KKM merampas 600 kotak serbuk jus berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000 di seluruh negara.

Menurutnya, siasatan mendapati, jus itu dikilangkan sebuah kilang di Kajang berdasarkan dokumen diperoleh di syarikat pengedar berkenaan.

“Kami akan menjalankan siasatan terhadap syarikat pengilang berkenaan yang memperoleh MP kerajaan. Jika benar ia mengilangkan produk berbahaya, ia pastinya satu kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang.

“Ini rampasan kali pertama membabitkan kimia sildenafil nitrat yang sengaja dicampurkan ke dalam minuman berbentuk jus.

Sebelum ini, kimia berkenaan hanya ditemui dalam minuman berbentuk kopi campuran khusus untuk memberi rangsangan seks kepada lelaki,” katanya.

Menurutnya, syarikat pengedar berkenaan akan disiasat dan dikenakan tindakan mengikut di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 dan individu yang denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.

Bahan kimia sildenafil dan tadalafil dalam gula-gula seks berkenaan amat berbahaya terutama kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi.

Jom Jual Ubat Kuat

P.Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din – Obat

OBAT
Nyanyian: P Ramlee, AR Tompel & Ibrahim Din
Filem: Do Re Mi (1966)

(P Ramlee)
Inilah obat yang sungguh istimewa
Kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa
Obat batuk kering, batuk basah, demam selesema
Mari beli obat ini, gerenti puas hati

(korus **)
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalaulah terlambat ak dapat
Hai obat hai obat mari beli obat
kalau salah obat, melompat

(A R Tompel)
Obatlah ini buat dari akar kayu
Kalau salah sapu badan licin tumbuh bulu
Obat angin medu, angin kus-kus, mata kelabu
Mari beli obat ini, gerenti puas hati

korus**

(Ibrahim Din)
Inilah obat nama makjun sangkut
Kalau banyak makan, sehat2 jadi semput
Obat sakit otak, lenguh sendi dan senggugut
Mari beli obat ini, gerenti puas hati

korus**

Hairil Nizam – Buat Duit Lebih RM25,000.00 Sebulan

Saya seorang yang terlalu sibuk dan tidak pernah cukup dengan masa. Masih makan gaji  di Jabatan Perdana Menteri selama 18 tahun dan menjadi Pengarah Urusan di 3 buah syarikat di Kuala Lumpur hampir 15 tahun.

Dulunya saya seorang yang suka berfikiran negatif tentang MLM dan ‘jualan langsung’. Hampir 8 tahun lepas, segalanya telah berubah. Dengan keyakinan, kesungguhan dan cita-cita yang ada, saya bersungguh berusaha untuk mengubah kehidupan yang sedia ada.

Alhamdulillah, dengan duit MLM 8 tahun yang lepas hingga sekarang, saya mampu untuk membeli 5 buah rumah secara tunai.

Di KANZZS, saya bermula pada Januari 2009, bulan lepas iaitu Julai 2009, pendapatan saya melebihi RM25,000.00 sebulan, sesuatu yang luar biasa pada anggapan masyarakat luar dan ahli KANZZS.

Pada saya ini adalah permulaan yang terbaik untuk saya terus berusaha meraih pendapatan yang luar biasa di syarikat. Selain daripada ‘team work’, strategi, impian, fokus dan ilmu yang ada, usaha berterusan adalah satu kesinambungan untuk membawa anda terus ke puncak kejayaan.
Sentiasa rendah diri dan positif dalam membantu rakaniaga anda di mana jua mereka berada, adalah menjadi titik tolak kejayaan ini dan ianya harus dikongsi secara bersama kerana tanpa mereka semua siapalah anda.

“Jadikan diri anda seperti gula, di mana jua anda berada, semut akan pasti datang”. Go Go Go KANZZS… – Hairil KL.